Pages

Tuesday, January 18, 2011

MENUTUP AURAT BUKAN DISKRIMINASI WANITA

SATU sifat semula jadi manusia ialah perasaan malu jika bahagian tertentu badan dilihat oleh individu lain tanpa ditutupi.Justeru,manusia akan cuba menutup bahagian sulit biarpun menggunakan bahan paling asas seperti kulit binatang,daun dan sebagainya.



Dalam kaedah fikah,bahagian mesti ditutup dipanggil aurat.Namun,dalam hal ini ada perbezaan interpretasi batasan aurat mengikut agama dan budaya.Dalam agama lain,aurat dikatkan dengan moral dan adat semata-mata.Tidak ada balasan dosa atau pahala berkaitan aurat dalam agama lain.



Interpretasi aurat dalam Islam amat ketat terutama bagi perempuan.Bagi golongan perempuan,aurat adalah seluruh anggota badan,kecuali muka dan kedua tapak tangan.Ia bertujuan untuk menjaga maruah perempuan.



Aurat bagi lelaki pula ialah anatara bawah pusat dan lutut.Dalam keadaan tertentu,adalah wajib bagi lelaki menutup aurat lebih daripada apa yang ditetapkan itu jika mendatangkan fitnah.Perkara tidak baik mesti dijauhi.



Masyarakat bukan Islam hanya menganggap bahagian kemaluan sebagai aurat yang perlu ditutup.Bagi perempuan,satu lagi bahagian yang dianggap aurat ialah payu dara.Orang bukan Islam seperti megah berpakaian seksi yang dianggap satu anugerah yang mesti ditunjukkan kepada orang ramai.



Peraturan ketat terhadap wanita berkaitan buakn bertujuan menyusahkan atau menyekat kebebasan golongan wanita.Islam agama yang memberi kemudahan kepada umatnya.Jadi,jika ada sesuatu yang dirasakan menyusahkan,itu ada kebaikannya.



Sebenarnya,menutup aurat bakn sesuatu yang menyusahkan.Arahan itu cukup mudah untuk dipatuhi jika ada keimanan yang kuat dalam diri.Sebaliknya,jika iman dalam keadaan lemah,apapun perintah agama akan dirasakan membebankan.Sesungguhnya,syaitan sentiasa meperdayakan manusia berat untuk melaksanakan perintah ALLAH.



Islam tidak mengamalkan diskriminasi terhadap wanita,melainkan keperluan tabii yang membezakan antara kedua jantina ini.Islam amat menghormati dan meletakan kedudukan tinggi untuk wanita.



Fesyen mendedahkan aurat tidak mematuhi etika berpakaian kerana tidak ‘lengkap’.Mendedahkan aurat samalah seperti tidak berpakaian.Aurat sesuatu yang perlu dirahsiakan kepada pandangan umum.Jika sudah terdedah sana sini,itu dikira seperti tidak berpakaian atau berpakaian tidak lengkap.



Kejadian menimpa wanita seperti dirogol,dicabul kehormatan,gangguan seksual,dibunuh dengan kejam dan mangsa fitnah banyak berpuncak daripada cara berpakaian tidak mentup aurat.Lelaki muadh tertarik kepada wanita berpakaian seksi.



Firman ALLAH yang bermaksud :

“Dan tidaklah harus bagi orang beriman,lelaki dan perempuan,apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hokum ALLAH dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

(Surah al-Ahzab ayat 36)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...