Pages

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Bagaimana rasanya terluka..




“Buat awak yang masih menangis disana,

Saya juga tahu bagaimana rasanya terluka,

kecewa,disakiti dan apatahlagi merasa dizalimi.

Seluruh hati ini terasa begitu pedih dan sakit 

sehingga jasad turut lemah tidak berdaya! 

Semahunya menangis sepuasnya dan 

ingin sekali mengkhabarkan ke seluruh dunia 

betapa hati telah remuk dan berhenti berharap.

Kala itu jiwa bercampur dengan rasa sedih, marah 

dan seringkali dendam itu datang memujuk.

Saat itu,orang diluar sana samaada teman karib 

mahupun saudara terdekatmu sama sekali 

tidak akan memahami dirimu.

Bercakap itu selembut-lembut lidah,

tapi hati yang merasai jauh lebih mengerti.

Hatimu terasa sungguh sunyi.

Dunia bagaikan kosong.

Kenapa mesti aku yang rasa semua ini?

Persoalan itu kerap muncul menerpa fikiranmu.

Ya,buat awak yang masih mahu membaca ..

Dunia ini tidak pernah menjanjikan bahagia buat penghuninya,

Hidup kita jauh berbeza walaupun dibawah langit yang sama.

Awak dengan hidup awak.

Saya dengan hidup saya.

Mungkin awak rasa hidup awak paling malang.

Tapi saya juga nak awak tahu,

Suatu hari nanti awak akan rasa betapa bertuahnya diri awak.

Awak akan sedar betapa beruntungnya awak diuji sebegitu.

Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,

Pandanglah dunia dengan sederhana,

Berdoalah sesungguhnya dan menangislah kala sujudmu.

Pasti jiwamu ringan dari segala beban.

Pasti tiap tangisan mendamaikan,

Kerana Allah adalah jawapan dan sandaran terbaik buatmu 

malah pada seluruh hamba-hambaNya!

dan tadbir dan takdir Allah tidak pernah tersilap!

Jadi buat awak yang telah dipilih Allah,

La tahzan,innallaha ma’ana. =)”


Thursday, August 2, 2012

Keperluan Untuk Ibu Hamil



Ibu hamil memerlukan makanan lebih banyak daripada biasa. Selain untuk keperluan dirinya, ibu hamil juga harus makan untuk janin yang dikandung. Agar janin dapat berkembang dan membesar dengan baik, makanan ibu hamil harus memenuhi keperluan gizi berikut.

Protein.
******
Selain sebagai sumber kalori, protein juga diperlukan
untuk pembentukan sel dan darah. Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram setiap hari (lebih banyak 10 gram dari biasanya), yang dapat diperoleh dari daging, ikan, putih telur, kacang-kacangan, tahu dan tempe.

Kalsium.
*******
Pengambilan kalsium 1000 mg/hari diperlukan untuk menjaga pertumbuhan tulang dan gigi, kontraksi otot dan sistem syaraf.

Vitamin D.
********
Vitamin D berguna untuk pembentukan tulang kerana membantu penyerapan kalsium.


Vitamin A.
*******
Vitamin A bermanfaat untuk pemeliharaan kulit, fungsi mata dan pertumbuhan tulang. Namun begitu, pengambilan vitamin A tidak boleh berlebihan karena dapat mengganggu pertumbuhan embrio..

Zat Besi.
*******
Zat besi banyak diperlukan untuk pembentukan darah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan anemia yang berbahaya bagi ibu dan bayinya. Suplemen zat besi mungkin diperlukan mulai minggu ke-20 kehamilan, terutama bila ibu hamil memperlihatkan tanda-tanda anemia. Ibu hamil memerlukan zat besi 30 mg/hari atau dua kali lipat dari biasanya.

Vitamin C.
********
Vitamin C bermanfaat memudahkan penyerapan zat besi oleh tubuh, selain untuk menjaga kesehatan gigi dan gusi..Dan membantu ibu untuk meningkatkan imunisasi badan...






Thursday, July 26, 2012

Petua Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara




1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tetapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri. 




2. Buang Sikap Risau.

Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.




3. Belajar Rajin Bersyukur. 

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.





4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

Wednesday, March 21, 2012

W.0.r.d.l.e.s.s W.e.d.n.e.s.d.a.y


Ya...
Semua benda b0leh jadi kenyataan
asalkan kita mencuba....
asalkan kita berusaha..... 
:)

Monday, March 5, 2012

Menjadi Suami dan Isteri Terbaik

Tadi aku bl0gwalking...
aku jumpa 2 artikel pasal husband & wife nie. . . 



menarik sgt.... sgt kreatif, ikhlas & bersahaja... 
tp sgtlah menyentuh perasaan....


Friday, October 1, 2010

SEMANGAT!!


















  1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.


  2. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.


  3. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.


  4. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.


  5. Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.


  6. Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.


  7. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
    Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.


  8. Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.


  9. Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

  10. Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.

  11. Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

  12. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.


  13. Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.


  14. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.


  15. Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.


  16. "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".


  17. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.


  18. Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.

  19. Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!


  20. Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!


  21. Tiada siapa yang berhak mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.


  22. Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

  23. Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.


  24. Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.


  25. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.


  26. Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

  27. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.


  28. Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.


  29. Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.


  30. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.


  31. Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.


  32. Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.


  33. Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.


  34. Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.


  35. Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.


  36. Terseradung bukannya terjatuh.


  37. Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.


  38. Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.


  39. Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.


  40. Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.


  41. Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.


  42. Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.


  43. Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

  44. Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.


  45. Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.

  46. Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.


  47. Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.


  48. Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.


  49. Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.


  50. Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.


  51. Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.


  52. Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.


  53. Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.


  54. Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.


  55. Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.


  56. Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.


  57. Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.


  58. Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.


  59. Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.


  60. Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

Thursday, July 22, 2010

Karekter Melalui Tarikh Lahir

1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.

6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

Tips Untuk Melupakan Orang Tersayang




(Bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)


- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.

- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.

- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.

- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.

- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.

- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.

- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.

- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.

- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.




“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.
Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.

Friday, July 16, 2010

Tips Untuk Bertengkar Secara Positif


Beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap
–

Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan –

Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya –

Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan –

Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah –

Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara –

Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja –

Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional –

Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik –

Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur –

Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri –

Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak –

Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar –

Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party –

Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah –

Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai –

Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan –

Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan –

Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...