Pages

Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

12 CARA JAWAB TELEFON PALING KEREK..!!


1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Mesti korang tidak sedar kan nombor 6 hilang :p



Tuesday, March 1, 2011

Karangan Pendek

Seorang budak berusia 16 tahun dari New Hampshire memenangibiasiswa melanjut pelajaran ke Universiti Harvard setelah menang pertandingan membuatkarangan esei terpendek di dunia.


Soalan karangan ialah macam ini:

Write a concise essay with reference to all the following elements :

1.Religion
2.Royalty
3.Sex
4.Mystery

Jadi budak ni pun buat le satu karangan begini:


“My God,” said the Queen. “I’m pregnant. I wonder who the father is.”


Hehehe keempat2 elemen tu dah masuk kannnn....

Budak Pandai

Satu hari di dalam kelas...

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan

perhatian.

1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya
soalan

"Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".

Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu
jahat sikit.

Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!"

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Ustazah tanya lagi soalan.

"Sape pencipta alam dan segalanya?"

Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan.

"Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum
tidur?"

Budak tu cocok lagi.

Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata

"Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap!!"

Ustazah tu terus pengsan

Penyelam Yang Hairan

Suatu hari seorang penyelam sedang melihat terumbu karang di dalam laut.

Pada kedalaman 8 meter, tiba -tiba dia melihat seseorang berada disampingnya. Dia sangat terkejut kerana orang tersebut tidak memakai peralatan menyelam.

Penyelam itu turun lagi sampailah ke kedalaman 15 meter. Sekali lagi dia terkejut melihat orang yang disebelahnya tadi masih mengikutinya. Penyelam itu turun lagi, sampai ke kedalaman 25 meter...orang yang tadi turut mengikutinya.

Penyelam makin hairan, dan dia mendekati orang tersebut sambil memberikan white board dengan pensilnya dengan tulisan: "Hebatnya kamu...bagaimana caranya sampai ke kedalaman ini tanpa memakai alat menyelam?"

Orang itu mengambil white boardnya dan menulis:
"Aku lemaslah...bodoh!"
 

Lawak Dalam Bas


Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.


Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .


Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.

Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ke tempat tersebut kerana sit dia dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.

"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"…

Jawab gadis tersebut "Ohh… tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".

Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau-bau punya.. baru le Jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum Jawa tu jawab.."Lo…Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya."…..

Gatey punya mamat jawa nieeee...

Thursday, January 27, 2011

Anak seorang doktor

Seorang doktor kelihatan bangga ketika puterinya yang masih kecil bermain-main dengan stetoskopnya.


“Ya, Tuhan, terima kasih banyak, puteriku pasti berbakat dan ingin mengikuti jejakku sebagai seorang doktor,” katanya dalam hati sambil tersenyum.

Anaknya kemudian mendekatkan stetoskop itu ke mulutnya dan berkata…..

“Selamat datang di McDonald’s. Encik mahu order apa?”

Doktor: Aduh..

Anak kuda yang confuse

Seekor anak kuda di zoo bertanya kepada ibunya sambil menunjuk ke kandang Zebra.


Anak Kuda : “Mummy, kenapa anak kuda disana belang-belang, tapi saya tak?”


Mak Kuda : “Oh, itu pasti kerana bapaknya hidung belang…”

Orang tua beristeri muda dan seksi


Ada seorang orang tua yang berumur 70 ++ duduk di tepi jalan sambil menangis. Kemudian seorang polis mendekatinya dan bertanya,

“Kenapa pak cik menangis ?” tanya polis itu.

Sambil menangis orang tua itu menjawab..

“Saya ada seorang isteri yang cantik sekali berumur 25 tahun, berambut perang, seksi, sangat mencintai saya, dan sekarang sedang menantikan saya di rumah.”

Polis tu kembali bertanya

“So apa masalahnya? kenapa pak cik bersedih??”

Dengan menangis semakin kuat orang tua itu menjawab:

“SAYA LUPA DI MANA RUMAH SAYA!!!! “

Tuesday, December 21, 2010

Chot ke libry

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.


"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.


"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.


"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.


"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata,


"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu??
 
 
_

Gabra Punya Pasal

Al kisah ada la satu famili…yang penghuni ayah dan mak mertua, anak dan menantu serta sorang cucu.satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tengok tv, ayah nyer lalu depan dia. tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada.. kelam kabut dia ..pastu bini , mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut.. semua dah gabra..sambil pegang2 dada… ayah mertua dia pengsan.. tak sedar diri..pastu macam sedar tak sedar.. menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia yang ribakan. dia gabra jugak…pastu bini dia pun suruh sambil tolak2 bahu… mak dia suruh lagi… dah le gabra sgt, dia pun buat.. dia letak kat telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap… "MA ROBBUKA…." "" terkejut bini dan mak mertua dia.. tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.. "OII..AKU TAK MATI LAGI CIS…'"" sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia.. sengeh aje la si menantu "Sekurangnya pak mentua dah bangn"..katanya dalam hati. sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat..

_

Tuesday, October 19, 2010

Manager Bank & Pak Mamut


Ada seorang pakcik yang bernama Pak Mamut yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Mamut dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...


Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?


Pak Mamut : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.


Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.


Pak Mamut : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.


Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.


Pak Mamut : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan bulu ketiak encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.


Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.


Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba ketiaknya.. ooh masih ada bulu.


Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati bulu ketiaknya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Mamut.


Manager : Pak cik sorrylah ye! .. bulu ketiak saya masih lagi ada..


Pak Mamut : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku cek...


Lalu dipegangnya ketiak Manager tu. Sambil tersenyum Pak Mamut pun berkata..


Pak Mamut : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..Pak Mamut pun menghulurkannya.


Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...


Tiba-tiba Pak Mamut mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Mamut..


Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?


Pak Mamut : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.


Manager : Bertaruh apa?


Pak Mamut : Bertaruh yang pak cik dapat pegang bulu ketiak Manager Bank..
_

Salah Paham

Kisah ni terjadi waktu aku mula-mula masuk keje dulu..waktu tu aku menunggu supervisor aku di kantin pejabat..untuk di berikan taklimat kerja...(Semua nih terjadi adalah akibat hobi aku yg suker sgt tengok cite hindustan..)

Tunggu punya tunggu supervisor aku pon datang dengan seorang Bangladesh...dan sesi taklimat pon bejalan dengan lancarnya...Pada hemat aku mestilah si bangla nih akan menjadi orang bawahan aku (yelah mana tau ek...)Tapi sangkaan ku meleset ruper-rupa nya dialah senior yang akan menilai aku nanti...

Di akhir taklimat itu (sebelom bersurai) barulah supervisor aku tu memperkenalkan aku pada si bangla tadi...

Bos aku cakap pada si bangla tu "Ni kamil,dia ialah pekerja syarikat kita yg baru...".

Pastu si bangla tu pon menghulurkan tangan sambil berkata "syabas.." aku dengan sopannya pon menjawab balik "thank you..."(tapi aku tengok muka dia semacam pelik).

Sewaktu nak besurai tu supervisor aku berkata kepada si bangla tadi "Syabas..u tolong tunjuk-tunjukkan kawasan sekitar pada Kamil ye..." aku pon aper lagi,tekejut becampor malu la...ruper-rupa nya nama dia Syabas, bukan ucapkan syabas(tahniah) kat aku tadi...malunya aku....

_

Curi Basikal

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan di hadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.

Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.

Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.

Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.

Hakim: Maksud kamu?

Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai ! sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.


Hakim: !!!???!!!

_
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...