Pages

Tuesday, January 25, 2011

Kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.


 Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:


  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
  • Anggapan bahawa bayi lapar.
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan. 
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.


 Jadi, kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?


  1. Sistem penghadaman yang belum matang


Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.


 Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).


Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?


2. Masalah kesihatan jangka masa panjang


Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?


Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.


 Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?


 3. Masalah dalam penyusuan


Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.


Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.


Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.


Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

 
*sumber drp : vel0g 0wg!*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...