1. Siapakah yang layak memohon?
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 35 tahun dan kebawah
dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000.dan masih belum memiliki
rumah.
Suami dan isteri yang masing-masing berpendapatan di bawah RM3,000 dan
masih belum memiliki rumah.
2. Bila, bagaimana dan dimanakah untuk memohon?
Permohonan boleh dibuat mulai Januari 2012 semua bank yang mengambil
bahagian.
Pemohon boleh memohon pinjaman dengan mengemukakan semua
maklumat peribadi dan rumah yang ingin dibeli seperti yang telah ditetapkan
oleh bank.
Permohonan boleh dibuat secara individu atau pinjaman bersama.
Bagi pemohon individu:
Berpendapatan di bawah RM3,000
Maksimum pinjaman adalah RM220,000 dengan tempoh maksimum 30
tahun
Jumlah maksimum bayaran bulanan adalah sebanyak 1/3 daripada
jumlah pendapatan bulanan
Mempunyai pekerjaan yang tetap
Belum memiliki rumah
Bagi pemohon bersama:
Pemohon adalah suami dan isteri
Masing-masing berpendapatan dibawah RM3,000 dengan jumlah
aggregat pendapatan sebanyak RM6,000
Maksimum pinjaman adalah sebanyak RM400,000 dengan tempoh
maksimum 30 tahun
Jumlah maksimum bayaran bulanan adalah sebanyak 1/3 daripada
jumlah pendapatan bersama suami-isteri bulanan
Mempunyai pekerjaan yang tetap
Kedua-duanya belum memiliki rumah
3. Adakah Skim ini meliputi rumah kediaman yang telah siap dibina atau yang
masih didalam pembinaan?
Skim ini adalah meliputi rumah kediaman yang telah siap dibina dan yang
masih didalam pembinaan.
4. Bagaimanakah skim ini berfungsi?
Pemohon yang layak akan diberi pinjaman 100% dimana 10% akan diberi
jaminan oleh pihak Cagamas SRP.
Kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan kepada produk bank sedia
ada.
5. Dimana boleh saya mendapat maklumat lanjut mengenai skim ini?
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.srp.com.my
No comments:
Post a Comment