Pages

Tuesday, August 28, 2012

Sunnah Rasulullah s.a.w.

Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :


" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" 

(Riwayat Abu Daud no.1260)


Tuesday, August 7, 2012

Senarai Lagu-lagu Hari Raya di Malaysia

Dah terasa dah nak dekat raya ni.... pejam celik pejam celik.. mggu depan dah nak raya rupanya.... Huhuhu....Rindunya nak balik kampunggggg.....

Video cari sendiri taw! hehehe...
  1. P Ramlee - Dendang Perantau
  2. Saloma - Selamat Hari Raya
  3. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya
  4. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
  5. Saloma - Aidilfitri Hari Mulia
  6. Halil Chik & Trio Manja - Lenggang Mak Limah
  7. Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
  8. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
  9. Sanisah Huri - Aidilfitri
  10. Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
  11. DJ Dave - Menjelang Hari Raya
  12. Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti
  13. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
  14. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
  15. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
  16. Aishah - Lenggang Mak Limah
  17. Aishah - Pulanglah
  18. Aishah - Senandung Lebaran
  19. Aishah - Setitis Cahaya Di Aidilfitri
  20. Aishah - Zapin Aidilfitri
  21. Amy Mastura - Setahun Sekali
  22. Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa
  23. Fazley - Seribu Kemaafan
  24. Force Vomit - Selera Raya
  25. Hattan - Selamat Datang Sayang
  26. Ideal Sisters - Hari Raya Hari Bahagia
  27. Ideal Sisters - Salam Lebaran
  28. In Team & UNIC - Zapin Hari Raya
  29. Jay Jay - Gurindam Di Pagi Syawal
  30. Jay Jay - Hari Raya Bahagia
  31. M Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya
  32. Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
  33. Raihan & Nowseeheart - Hari Raya Untuk Semua
  34. Siti Nordiana & Syura - Hari Ini Hari Raya
  35. Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya
  36. Sudirman - Selamat Hari Raya
  37. Ukays - Bermaafan Di Hari Raya
  38. Ziana Zain - Indah Di Hari Raya
  39. Dikir Temasek - Di Pinggiran Aidilfitri

Thursday, August 2, 2012

Keperluan Untuk Ibu Hamil



Ibu hamil memerlukan makanan lebih banyak daripada biasa. Selain untuk keperluan dirinya, ibu hamil juga harus makan untuk janin yang dikandung. Agar janin dapat berkembang dan membesar dengan baik, makanan ibu hamil harus memenuhi keperluan gizi berikut.

Protein.
******
Selain sebagai sumber kalori, protein juga diperlukan
untuk pembentukan sel dan darah. Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram setiap hari (lebih banyak 10 gram dari biasanya), yang dapat diperoleh dari daging, ikan, putih telur, kacang-kacangan, tahu dan tempe.

Kalsium.
*******
Pengambilan kalsium 1000 mg/hari diperlukan untuk menjaga pertumbuhan tulang dan gigi, kontraksi otot dan sistem syaraf.

Vitamin D.
********
Vitamin D berguna untuk pembentukan tulang kerana membantu penyerapan kalsium.


Vitamin A.
*******
Vitamin A bermanfaat untuk pemeliharaan kulit, fungsi mata dan pertumbuhan tulang. Namun begitu, pengambilan vitamin A tidak boleh berlebihan karena dapat mengganggu pertumbuhan embrio..

Zat Besi.
*******
Zat besi banyak diperlukan untuk pembentukan darah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan anemia yang berbahaya bagi ibu dan bayinya. Suplemen zat besi mungkin diperlukan mulai minggu ke-20 kehamilan, terutama bila ibu hamil memperlihatkan tanda-tanda anemia. Ibu hamil memerlukan zat besi 30 mg/hari atau dua kali lipat dari biasanya.

Vitamin C.
********
Vitamin C bermanfaat memudahkan penyerapan zat besi oleh tubuh, selain untuk menjaga kesehatan gigi dan gusi..Dan membantu ibu untuk meningkatkan imunisasi badan...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...