Pages

Thursday, January 27, 2011

Anak seorang doktor

Seorang doktor kelihatan bangga ketika puterinya yang masih kecil bermain-main dengan stetoskopnya.


“Ya, Tuhan, terima kasih banyak, puteriku pasti berbakat dan ingin mengikuti jejakku sebagai seorang doktor,” katanya dalam hati sambil tersenyum.

Anaknya kemudian mendekatkan stetoskop itu ke mulutnya dan berkata…..

“Selamat datang di McDonald’s. Encik mahu order apa?”

Doktor: Aduh..

Anak kuda yang confuse

Seekor anak kuda di zoo bertanya kepada ibunya sambil menunjuk ke kandang Zebra.


Anak Kuda : “Mummy, kenapa anak kuda disana belang-belang, tapi saya tak?”


Mak Kuda : “Oh, itu pasti kerana bapaknya hidung belang…”

Orang tua beristeri muda dan seksi


Ada seorang orang tua yang berumur 70 ++ duduk di tepi jalan sambil menangis. Kemudian seorang polis mendekatinya dan bertanya,

“Kenapa pak cik menangis ?” tanya polis itu.

Sambil menangis orang tua itu menjawab..

“Saya ada seorang isteri yang cantik sekali berumur 25 tahun, berambut perang, seksi, sangat mencintai saya, dan sekarang sedang menantikan saya di rumah.”

Polis tu kembali bertanya

“So apa masalahnya? kenapa pak cik bersedih??”

Dengan menangis semakin kuat orang tua itu menjawab:

“SAYA LUPA DI MANA RUMAH SAYA!!!! “

Tuesday, January 25, 2011

Kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.


 Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:


  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
  • Anggapan bahawa bayi lapar.
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan. 
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.


 Jadi, kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?


  1. Sistem penghadaman yang belum matang


Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.


 Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).


Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?


2. Masalah kesihatan jangka masa panjang


Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?


Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.


 Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?


 3. Masalah dalam penyusuan


Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.


Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.


Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.


Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

 
*sumber drp : vel0g 0wg!*

Surah2 yang bagus untuk diamalkan..

Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak


Surah Luqman – untuk anak yang cerdik


Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat


Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin


Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu


dan sebagainya.

Tuesday, January 18, 2011

Adakah Benar Kita Ini Ikhlas.....

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.




Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.


Antaranya :-


1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.


2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.


3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.


4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.


5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.


6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.


7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.


8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.


9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.


10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)


Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.


Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.


Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"


Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.


Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.


Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu


Tujuan Hidup

"Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!"



Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji.

"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu,tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti
mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.

"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi.

"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.


"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin.

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam
sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama..."

"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya.

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

Lantas aku mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan berikut:

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita
mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!" marilah kita bersama-sama mengutip mutiara pendakwah yang hilang iaitu "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD".



Artikel dari : Ustaz Hasrizal
 

MENUTUP AURAT BUKAN DISKRIMINASI WANITA

SATU sifat semula jadi manusia ialah perasaan malu jika bahagian tertentu badan dilihat oleh individu lain tanpa ditutupi.Justeru,manusia akan cuba menutup bahagian sulit biarpun menggunakan bahan paling asas seperti kulit binatang,daun dan sebagainya.



Dalam kaedah fikah,bahagian mesti ditutup dipanggil aurat.Namun,dalam hal ini ada perbezaan interpretasi batasan aurat mengikut agama dan budaya.Dalam agama lain,aurat dikatkan dengan moral dan adat semata-mata.Tidak ada balasan dosa atau pahala berkaitan aurat dalam agama lain.



Interpretasi aurat dalam Islam amat ketat terutama bagi perempuan.Bagi golongan perempuan,aurat adalah seluruh anggota badan,kecuali muka dan kedua tapak tangan.Ia bertujuan untuk menjaga maruah perempuan.



Aurat bagi lelaki pula ialah anatara bawah pusat dan lutut.Dalam keadaan tertentu,adalah wajib bagi lelaki menutup aurat lebih daripada apa yang ditetapkan itu jika mendatangkan fitnah.Perkara tidak baik mesti dijauhi.



Masyarakat bukan Islam hanya menganggap bahagian kemaluan sebagai aurat yang perlu ditutup.Bagi perempuan,satu lagi bahagian yang dianggap aurat ialah payu dara.Orang bukan Islam seperti megah berpakaian seksi yang dianggap satu anugerah yang mesti ditunjukkan kepada orang ramai.



Peraturan ketat terhadap wanita berkaitan buakn bertujuan menyusahkan atau menyekat kebebasan golongan wanita.Islam agama yang memberi kemudahan kepada umatnya.Jadi,jika ada sesuatu yang dirasakan menyusahkan,itu ada kebaikannya.



Sebenarnya,menutup aurat bakn sesuatu yang menyusahkan.Arahan itu cukup mudah untuk dipatuhi jika ada keimanan yang kuat dalam diri.Sebaliknya,jika iman dalam keadaan lemah,apapun perintah agama akan dirasakan membebankan.Sesungguhnya,syaitan sentiasa meperdayakan manusia berat untuk melaksanakan perintah ALLAH.



Islam tidak mengamalkan diskriminasi terhadap wanita,melainkan keperluan tabii yang membezakan antara kedua jantina ini.Islam amat menghormati dan meletakan kedudukan tinggi untuk wanita.



Fesyen mendedahkan aurat tidak mematuhi etika berpakaian kerana tidak ‘lengkap’.Mendedahkan aurat samalah seperti tidak berpakaian.Aurat sesuatu yang perlu dirahsiakan kepada pandangan umum.Jika sudah terdedah sana sini,itu dikira seperti tidak berpakaian atau berpakaian tidak lengkap.



Kejadian menimpa wanita seperti dirogol,dicabul kehormatan,gangguan seksual,dibunuh dengan kejam dan mangsa fitnah banyak berpuncak daripada cara berpakaian tidak mentup aurat.Lelaki muadh tertarik kepada wanita berpakaian seksi.



Firman ALLAH yang bermaksud :

“Dan tidaklah harus bagi orang beriman,lelaki dan perempuan,apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hokum ALLAH dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

(Surah al-Ahzab ayat 36)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...